Hujung minggu lepas, habiskan masa
bersama keluarga kat rumah KL. Da lame tak balik rumah, terasa nak balik even
gaji lambat lagi, padahal balik rumah tu untuk amik sijil-sijil belajar dulu,
sebab aku ade la apply belajar kat UTM untuk sambung belajar sambil kerja untuk
peringkat yang tinggi sikit, takkan nak duduk di takuk yang lama je, aku ni ada
la jugak niat nak mencerahkan masa depan aku ni,hehe.
![]() |
| Kakak n Abang Ipar |
Bosan duduk rumah hari Sabtu tu, kakak
aku ni ajak la pergi makan kat luar, bawak anak buah aku ni jalan-jalan sekali.
So aku cakap o.k je, dia ajak pergi makan meatball kat IKEA Damansara ni,
disebabkan aku da lama tak keluar duit belanja kakak, abang ipar dengan
anak-anak kakak aku ni, aku pun niat la belanja diorang makan meatball tu.
Sebelum ni aku penah la pergi IKEA ni,
tapi tak pernah makan meatball kat sini, akak aku cakap memang femes, dia
selalu la makan kat sini. Masa da sampai kat sana tu, memang ramai giler orang,
sampai parking dalam IKEA tu pun full. Nak senangkan cari parking, opposite
IKEA tu The Curve, so parking kereta kat basement The Curve je la, even parking
dia mahal sikit, lau IKEA parking free kot, ntah, aku pun tak ingat.
![]() |
| Good |
Cari parking da settle, sampai kat
tempat makan meatball, sesak giler, ramai manusia lapar nak makan meatball ni,
sampai meja pun kena berebut. Ada setengah orang ni, dia nampak kat meja tu
orang da nak habis makan, wakil sorang mesti duk sebelah untuk book tempat
makan tu, memang dasyat,hehe. Kalau aku ni, mesti tak selesa orang duk menepek
kat meja kita, tunggu kita habis makan.
![]() |
| Sukanya bila dia ceria!!! |
Meatball dia pun sedap jugak la, 20
bijik, RM 17.00, berbaloi beratur panjang-panjang, nak cari parking susah,
dapat makanan sedap. Kat situ bukan setakat meatball je ada, pasta la, french
fries la, yang penting, nasi tak de, lau tak habis makan, tak de tupperware,
bawak dari rumah sendiri,hehe. Kalau nak bawak family dalam 4 – 5 orang, dalam
RM 100 kena spend duit, sekali-sekala boleh la.




