Monday, December 16, 2013

Meatball di IKEA



Hujung minggu lepas, habiskan masa bersama keluarga kat rumah KL. Da lame tak balik rumah, terasa nak balik even gaji lambat lagi, padahal balik rumah tu untuk amik sijil-sijil belajar dulu, sebab aku ade la apply belajar kat UTM untuk sambung belajar sambil kerja untuk peringkat yang tinggi sikit, takkan nak duduk di takuk yang lama je, aku ni ada la jugak niat nak mencerahkan masa depan aku ni,hehe.

Kakak n Abang Ipar
Bosan duduk rumah hari Sabtu tu, kakak aku ni ajak la pergi makan kat luar, bawak anak buah aku ni jalan-jalan sekali. So aku cakap o.k je, dia ajak pergi makan meatball kat IKEA Damansara ni, disebabkan aku da lama tak keluar duit belanja kakak, abang ipar dengan anak-anak kakak aku ni, aku pun niat la belanja diorang makan meatball tu.
 
Dalam The Curve
Sebelum ni aku penah la pergi IKEA ni, tapi tak pernah makan meatball kat sini, akak aku cakap memang femes, dia selalu la makan kat sini. Masa da sampai kat sana tu, memang ramai giler orang, sampai parking dalam IKEA tu pun full. Nak senangkan cari parking, opposite IKEA tu The Curve, so parking kereta kat basement The Curve je la, even parking dia mahal sikit, lau IKEA parking free kot, ntah, aku pun tak ingat.

Good
Cari parking da settle, sampai kat tempat makan meatball, sesak giler, ramai manusia lapar nak makan meatball ni, sampai meja pun kena berebut. Ada setengah orang ni, dia nampak kat meja tu orang da nak habis makan, wakil sorang mesti duk sebelah untuk book tempat makan tu, memang dasyat,hehe. Kalau aku ni, mesti tak selesa orang duk menepek kat meja kita, tunggu kita habis makan.

Sukanya bila dia ceria!!!
Meatball dia pun sedap jugak la, 20 bijik, RM 17.00, berbaloi beratur panjang-panjang, nak cari parking susah, dapat makanan sedap. Kat situ bukan setakat meatball je ada, pasta la, french fries la, yang penting, nasi tak de, lau tak habis makan, tak de tupperware, bawak dari rumah sendiri,hehe. Kalau nak bawak family dalam 4 – 5 orang, dalam RM 100 kena spend duit, sekali-sekala boleh la.






Friday, November 1, 2013

Helikopter Punya Pasal



Assalamualaikum. Da lame jari ni tak menaip,hehe. Sebabnye tak tau nak story ape dalam blog. Actually beberapa bulan lepas, ade la sikit pengalaman nak dikongsikan dalam blog ni. Pengalaman yang tak semua antara kita dapat, naik HELIKOPTER,hoho.

Ni la helikopter,huhu

Aku naik heli ni bukan la saje-saje, naik benda ni untuk aku lakukan kerja pemantauan melalui udara. Aku keje kat sini da hampir 9 bulan, bak kate staf lain, try la sekali seumur hidup, nak naik lagi lepas ni pun tak pe kalau ade peluang. Sebab orang-orang lama kat tempat aku kerja ni da ramai yang merasa naik heli. Ada yang da naik sekali, pastu da tak nak naik da, gayat katenye,hehe. Sampai muntah-muntah pun ade sebab pening sangat. Ada staf yang da naik, tapi tak puas, nak naik lagi.

 
Banyak sangat meter tu

Satu lagi yang korang kena tau sal helikopter ni, cecah ribu-ribu untuk sewa dalam sejam, tak silap aku dalam RM 2500 untuk sejam. Menangis air mata darah nak membayor tu. So peluang yang aku dapat ni kena guna la sebaiknya. Masa aku naik ni, amik mase 2 jam pusing-pusing kawasan yang sensitif dengan persekitaran.

Pilot from Filipine

Pilot pulak orang Filipine, tapi dia da lame keje kat Malaysia, pandai jugak cakap Melayu sikit-sikit. So mase duk kat atas udara ni, memang cantik pemandangan. Kuasa Yang Maha Esa la katakan. Kalau korang tengok biasanya orang yang naik heli ni pakai headphone, so aku ingat pakai benda tu untuk tutup telinga je, tapi boleh guna jugak untuk bercakap dengan orang sebelah dan belakang(heli ni boleh naik sampai 4 orang je), selain tu orang yang duk kat menara kawalan pun kita boleh berhubung. 

RAPID Project

Masa aku kat udara ni, rondaan dekat dengan kawasan Singapore, orang yang duk kat menara kawalan ni bising-bising dalam headphone, suruh jauh sikit dengan sempadan udara Singapore, padahal kita ronda dalam kawasan Malaysia, tapi bahagian udara, Singapore pegang, pelik betul la.

Indeep Water Petroleum Terminal Project

Bila da lebih sejam duk dalam heli ni, kepala pun da naik pening da, sebab pilot lau die corner, punya la laju giler tahap gaban, tu yang pening, dalam hati ni duk cakap, bila la nak habis ronda, da nak muntah da ni,hehe. Tapi berkat kesabaran yang dengan hasil usaha yang gigih, bila aku rasa macam nak muntah, aku tutup mata, sandar je kat kerusi, sampai la pilot tu cakap da nak sampai,huhu. Kena ingat, naik heli ni kena sain borang mati, maknanya tak boleh tuntut apa-apa sebarang insuran kalau berlaku kemalangan, menakutkan kan?hehe

 Time dia corner, memang pening



Tuesday, October 22, 2013

Korban dan Pengorbanan



Hari Raya Haji yang lepas, aku dengan emak aku je yang ada kat Ko Lumpoq ni, ayah dengan abang, ada kat kampung sebab nak urus pasal kahwin abang, tak lama nak kawin da abang aku yang sorang ni. Adik-beradik yang lain, ada yang balik rumah mak mentua(mentua ke mertua, ntah, aku pun tak tau), ada yang tak balik sebab keje, disebabkan tinggal mak aku sorang kat rumah KL tu, aku yang duk luar ni dari KL ni balik la sebab cuti lama, so boleh la habiskan masa dengan mak aku.

Lepas sembahyang raya tu, aku tak tau la nak buat apa, duk pikir-pikir, nak pergi tengok orang sembelih lembu. Sebab da lama tak tengok, aku ni ngilu sikit tengok lembu kena sembelih, bukan apa, tak sanggup tengok lembu teriak kena sembelih nak mati, kesian, sebab terbayang kalau kita yang kena sembelih. Lama jugak la aku tak tengok orang sembelih lembu ni, last aku tengok masa family aku ada amik bahagian untuk aqiqah anak buah aku kat kampung.

So lepas sembahyang raya, aku balik rumah, tukar baju, pastu pergi kat tempat sembelih lembu. Sebelum ni orang sembelih lembu ni dekat je dengan padang kat area rumah aku ni, tapi sekarang padang tu da tak sesuai sebab da buat cantik-cantik untuk budak main bola petang-petang kat situ. Tempat sembelih ni memang aku tak pernah pergi sebelum ni, tapi kat padang satu lagi, depan sikit dari padang yang sebelum ni buat untuk sembelih lembu.

Masa aku sampai je, tetiba ada dia buat makan-makan sebelum nak buat korban, supaya ada tenaga nak buat kerja, aku pun dengan muka selamba join je la,huhu. Masa tengah makan tu, baru aku tau yang anjur majlis ni UMNO bahagian kawasan situ,huhu. Aku ingat memang orang kawasan taman tu yang buat, so da masuk majlis tu, go on je la, let it be. Sebab aku sensitif sikit kalau masuk program politik ni, tak kisah la mana-mana parti pun, niat nak tolong buat kerja sikit.

Lepas makan tu, pergi la kat kawasan nak sembelih ni, dalam 14 ekor, kurang sikit untuk tahun ni, sebelum ni pak cik yang aku sembang-sembang ni cakap dalam 20 lebih ekor lembu. Lembu kurus-kurus je tengok. Susah jugak nak tumbangkan lembu ni, kuat melawan, tapi ramai orang tua yang berpengalaman handle benda ni. Ada yang pelik kat situ, lembu yang tak tempat nak tambat kat pokok, dia letak dalam kawasan TNB sub-station. 

Sesi kejar mengejar, nampak tak lembu tu tengah tengok member dia kena sembelih
Lagi 5 ekor yang dalam kawasan TNB ni, terpaksa la main kejar mengejar untuk tangkap lembu-lembu ni, dapat tangkap, sembelih terus. Yang sadis tu, bila seekor lembu da kena sembelih, yang terlepas ni pergi kat member dia, dia cakap apa pun tak tau la, tapi nampak kesian bila dia pergi rapat kat member dia yang kena sembelih tu, pastu dia tunduk tengok member dia. Aku lau tengok benda-benda macam tu, mula la touching,hehe.

Akak-akak yang tengah bahagi daging
Tak lama lagi, aku kena beli pisau jugak, tolong orang melapah, tak de la tolong pegang kaki lembu je masa diorang tengah lapah. Lepas habis semua, petang tu da start bahagi daging, aku dapat jugak la 2 kg daging, balik bagi kat mak aku suh buat sup, sedap tu,huhu